Nizar kembali meletup

Assalamualaikum,
Henry Gurney telah menyebabkan seorang ahli istana sebak kerana memperkenalkan pembinaan kampung baru Cina. Dengan mengambil tanah negara. Sebenarnya isu tersebut adalah satu daripada ujian yang sedang dilalui oleh Menteri Besar Perak ini untuk mematangkan beliau sebagai seorang statesman.

Kita dapat baca duduknya beliau dikerusi menteri Besar tersebut bukanlah kerana kekuatan PAS, tetapi oleh faktor lain. Hakikatnya Allah menghendaki beliau menduduki kerusi tersebut.


Menganugerahkan tanah kepada penduduk kampung baru Cina di negeri Perak telah ditentang oleh pelbgai pihak, kononya membelakang Kanun Tanah Negara. Tetapi beliau terus dengan keputusannya. Menganugerahkan title tanah 999 tahun kelihatan seolah tangan beliau dipulas oleh DAP, tetapi beliau teruskan keputusannya. Kerana beliau ingin memberikan status kekal kepada penerima.


Sara bara dan duka nestapa serta susah payah masyarakat Cina yang dibura dan diherdik British di zaman darurat tidak banyak didokumentasikan dalam penulisan berbahasa Melayu. Seolah orang Melayu sengaja tidak peka dengan nestapa yang telah menimpa masyarakat tersebut. Nizar membela keperitan mereka setelah lebih 60 tahun mereka diazab dan disisih.

Mengapa perlu mereka dibela? sebab mereka adalah warganegara Malaysia. Pemerintahan sebelum ini tidak memberi peruah langsung kepada mereka. Dan kepentingan Orang Melayu langsung tidak terjejas dengan pembelaan ini.


Ada pihak yang menggunakan saluran tertentu untuk membantutkan usaha Nizar menukarkan Pengarah Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Dato' Haji Jamry Sury. Beliau telah akur, dan dengan penuh santun dan rendah diri merombak semula arahan terdahulu. Peristiwa ini sahaja sebenarnya telah cukup untuk menurunkan beliau dari kerusi menteri besar, walaupun dari segi undang undang arahan awal beliau adalah betul.


Tetapi beliau terus bertahan.


Masuknya Dato' Nasarudin ADUN Bota ke PKR telah membenihkan spekulasi baru. Sama seperti kongelomerat RENONG memakan syarikat ibunya dalam satu maneuver bisnis yang dikenali sebagai reverse takeover, kelicik politik yang ini juga cuba dikaitkan dengan reverse takeover kerusi Menteri Besar Perak.


Saya baca ini tidak akan berlaku. Pertama maneuver ini bukan dalam bisnis. Kedua implikasi politik terlalu besar dan tidak menentu sekiranya ia dilakukan, sedangkan PR, terutama PKR dan PAS sedang menonggang gelombang populariti yang tinggi sekarang. Mengapa perlu rosakkannya?

Maneuver RENONG tidak akan berlaku di sini.


Cuma Nizar masih belum lincah berpolitik high profil. Belum perlu lagi dimasyhurkan sekian ramainya ADUN/MP BN yang akan lompat ke PR.


Nizar perlu belajar hal timing. - Hamirdin

0 comments: