Pada 27 Jan 2009, TV3 menyiarkan berita tentang UMNO Baling menyerahkan peruntukan RM 50 ribu untuk perlaksanaan program agama di seluruh masjid dalam Parlimen Baling. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Putera UMNO Malaysia, Dato' Abd.Azeez Abd.Rahim dan Dr.Mashitah Ibrahim.
Dalam wawancara, Abd.Azeez memberitahu kepada media bahawa selama ini UMNO yang membayar segala bil elektrik dan air untuk seluruh mesjid dalam daerah Baling ini. Nampak macam 'bagus' puak-puak UMNO ni kerana beri duit untuk program mengimarahkan masjid. Bayarkan bil. Cuma ada satu persoalan yang bermain dalam fikiran ini, sejak bila pulak UMNO ni dah insaf dan nak balik pada agama ???
Saya nasihatkan kepada seluruh umat Islam di Baling agar berhati-hati dengan 'permainan' golongan MUNAFIQ ini. Bagi saya, apa yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk meraih simpati dan sokongan dari penduduk Baling yang telah menolak mereka dalam Piliharaya Umum yang lalu. Jangan kita gelap mata dan mudah hilang pendirian bila mendengar pemberian peruntukan puluhan ribu ringgit untuk program masjid seperti yang berlaku di Baling ini.
Jangan kita lupa. Allah SWT telah menceritakan di dalam Al-Qur'an bagaimana perangai golongan MUNAFIQ di Madinah yang bertindak membina sebuah masjid (Masjid Dhirar) dengan tujuan untuk menghalang kerja dakwah Rasulullah serta mahu memecahbelahkan umat Islam pada ketika itu. Golongan munafiq Madinah berharap dengan adanya Masjid Dhirar yang cantik ini, maka umat Islam akan berpecah kepada dua golongan. Satu golongan bersembahyang di Masjid Nabi dan satu golongan lagi bersembahyang di masjid mereka. Kerja jahat ini dilaksanakan apabila mereka melihat semakin ramai masyarakat Islam Madinah menyokong dan bersama perjuangan Rasulullah SAW.
Apa bezanya kerja yang dilakukan oleh puak-puak munafiq UMNO ni dengan kerja yang dilakukan oleh golongan munafiq Madinah itu. Tak ada bezanya. Bezanya hanya dari sudut perlaksanaan tetapi matlamat mereka adalah sama sahaja, yaitu mahu menghalang orang ramai daripada menyokong PAS. Sebab UMNO tahu bahawa PAS memang ikhlas untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Cumanya mereka tak cakap terang-terang.
Kita melihat senario 'ketakutan UMNO hilang kuasa' ini semakin ketara sejak kemenangan PAS di Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu. Ditambah lagi dengan pengisytiharan ADUN Bota, Dato' Nasarudin Hashim yang keluar dari UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat.
Inilah balasan terhadap UMNO yang mendustakan ayat-ayat Allah. Mereka hanya beriman dengan sebahagian daripada Al-Quran dan mengingkari sebahagian yang lain. Yang mana ada kepentingan untuk mereka, mereka ikut seperti zakat. Sebab zakat menghasilkan duit.
Jangan kita percaya dengan cakap-cakap golongan ulama' UMNO yang ada hari ini. Mereka ini digelar oleh Allah sebagai Ulama' Jahat. Golongan inilah yang menjadi punca ramai umat Islam dalam negara berada dalam kesesatan yang tidak disedari. Golongan ulama' sebeginilah yang sengaja menyembunyikan ilmu dan kebenaran yang mereka ketahui demi menjaga kepentingan peribadi.
Allah SWT melaknat golongan ulama' pengampu ini sebagaimana yang disebut dalam Al-Qur'an. Sila rujuk pada Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159.
Saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan khususnya di Baling agar jangan sekali-kali terpedaya dengan segala 'permainan' UMNO ini. Mereka sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai 'matlamat jahat' yang tersembunyi. Beringatlah bahawa golongan munafiq ini cukup pandai berbicara sehingga menarik perhatian orang yang mendengarnya. Bak kata orang 'Lembut gusi dari lidah'.
Sekian, Jazakallah.
Jom Sertai PAS. - Monazmuslim
0 comments:
Post a Comment