Bila ADUN UMNO menyertai Keadilan

ABDULLAH AHAMAD BADAWI DEMAM....!!!

Bagaimana pula dengan Najib Tun Razak yang masih terus membuat kenyataan tidak akan berlaku sebarang penghijarahan lagi kalangan wakil rakyat Barisan Nasional menyeberang ke gagasan Pakatan Rakyat?


KAMAL AMIR MENULIS

NASHARUDDIN HASHIM Adun Bota,Perak telahpun Mengistiharkan dirinya keluar dari Umno untuk menyertai Pakatan Rakyat (Keadilan) selepas mantan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan Lapten (B) Datuk Abu Zahar mengumumkan secara terbuka meninggalkan parti tersebut untuk berada dalam sab kepimpinan Pas anggota Pakatan Rakyat saat Parlimen P.36 Kuala Terengganu mengadakan pilihanraya kecilnya.

Khabar semakin tersebar meluas Ketua Umno Larut yang juga Adun Selama pasti akan meninggalkan siasah Umno untuk menyertai Pakatan Rakyat seandainya kemelut di bahagian tersebut masih gagal diselesaikan oleh pimpinan parti peringkat tertinggi.

Badan Pencegah Rasuah juga bagaikan tidak lagi mahu menoleh kebelakang untuk mengheret siapa sahaja yang didapati terlibat dalam percaturan politik wang musim pemilihan Umno diperingkat Bahagian hujung tahun lalu.

Dan hari ini pimpinan kerajaan baru mula membuka mulut untuk bercakap benar berhubung kemelesetan ekonomi yang melanda negara selepas begitu lama berbohong kononnya negara ini tidak akan menghadapi sebarang kesan dari permasalahaan ekonomi global. (Lihat beberapa kali kenyataan memanda wazir Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak).

Setelah hampir satu juta rakyat mengelami kehilangan pekerjaan kesan penutupan kilang serta syarikat besar dari luar negara baru kelmarin Tan Sri Muhayuddin Yassin menyatakan kemelesetan ekonomi dunia semakin hebat menyerang negara hingga mengakibatkan begitu banyak syarikat bakal gulung tikar.

Memanda Timbalan Perdana Menteri pula barulah mahu mengakui secara terbuka bahawa negara bakal menghadapi situasi payah kesan krisis ekonomi global. Ertinya selama ini beliau berbohong kepada rakyat dengan menyatakan bahawa rangsangan serta kekangan ekonomi bakal menyaksikan negara terus memacu kemantapan ekonominya.... hempeh sungguh kenyataan dan pembohongan yang dilakukan selama ini.

Berbalik kisah penghijarahan beberapa orang pemimpin Umno menyertai Pakatan Rakyat, akhbar arus perdana sekali lagi melakukan pembohongan tersohor seperti yang dengungkan musim pilihanraya kecil di Kuala Terengganu tempoh hari apabila kenyataan Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Razak dipetik sebagai berkata berita penghijrahan tersebut adalah khabar angin semata-mata.

Malahan mantan Menteri Besar Perak Datuk Tajul Rosli yang memimpin Umno di Perak hingga terlingkup di tangan Pakatan Rakyat juga turut menyatakan bahawa apa yang berlaku di negeri tersebut hanyalah sekadar cerita seorang pemimpin kerdil sahaja menyertai pakatan Rakyat, malahan dia menyatakan Umno masih kukuh dan relevan lagi di negeri Perak....kononnya!!!!!

Mantan Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohd Khir Toyo pula diberitakan semakin lancang menuduh berlakunya penyelewangan dalam kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tersebut dalam isu agihan 49 ekor lembu untuk sambutan hari raya korban tahun lalu.

Maka sayapun terfikir apakah Khir Toyo masih mahu membuka tin yang penuh dengan seribu kebusukkan pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional musim mentadbir negeri Selangor sebelum merudum dan terjunam di baham kebangkitan gelombang “ Suara Rakyat Kuasa Keramat” hingga mengakibatkan pemimpin dari BN ditendang keluar darianjung kuasa di Shah Alam?

Terlupakah olehnya bagaimana rakyat merasa begitu meluat melihat angkuhnya beliau merobohkan rumah rakyat bertaraf setingan di Kampong Berembang serta beberapa kawasan lain? Atau Khir Toyo yakin rakyat sudah lupa cerita satu lori ayam yang didermakan olehnya musim sambutan hari raya tahun pertama beliau menjadi Menteri Besar yang tidak diketahui dari mana datangnya biaya pembelian ayam-ayam tersebut?

Apakah Khir Toyo bersedia untuk memulakan perang hingga memaksa Tan Sri Khalid segera mendedahkan bagaimana cerita sebenar disebalik ceretra syarikat Lebar Daun memperolehi tanah di Shah Alam? Begitu juga dengan aduan rakyat dalam kisah seribu satu malam penganugerahan tanah kepada syarikat Metro Kajang?

Dalam situasi tersebut Tan Sri Khalid yang sudahpun memperolehi pelbagai bentuk laporan serta kertas keputusan exco kerajaan Selangor yang terdahulu sewajarnya segera menyampaikan cerita sebenar kepada rakyat. Musim untuk selindung menyelindung, tutup menutup sudah berakhir. Hari ini rakyat menuntut agar pimpinan kerajaan Selangor mendedahkan hal sebenar serta segera mengheret mereka yang mengkhianati kepercayaan rakyat kemuka pengadilan.

Menurut laporan dari berita arus perdana petang tadi, Memanda Wazir Abdullah Ahmad Badawi diberitakan tidak dapat menghadiri rumah terbuka anjuran parti MCA sempena menyambut tahun Baru China atas alasan kesihatannya terganggu.

Apakah beliau masih keletihan selepas seminggu berada di negara Teluk atau mungkin dengan berlakunya penghijarahan saudara Nasaruddin Hashim keluar dari Umno untuk menyertai Parti Keadilan membuatkan imam besar mazhab Islam Hadhari itu demam kepanasan?

Bagaimana pula dengan Najib Tun Razak yang masih terus membuat kenyataan tidak akan berlaku sebarang penghijarahan lagi kalangan wakil rakyat Barisan Nasional menyeberang ke gagasan Pakatan Rakyat? Mampukah beliau tidur nyenyak setelah menyaksikan mimpi indahnya untuk bertandang ke Seri Perdana semakin suram dan samar?

Khabar yang diterima dari Sabah sudah terdengar akan berlakunya pilihanraya kecil kerusi Pensingan yang tentunya bakal menjelmakan lagi “Suara Rakyat Kuasa Keramat” untuk membenamkan sekali lagi bahtera Barisan Nasional.

Begitu juga di Sarawak, saya menerima beberapa kiriman sms menyatakan bakal berlakunya ahli Parlimen meninggalkan Barisan untuk menyertai Pakatan Rakyat. Sejauh mana benar cerita tersebut masih belum dapat dipastikan namun menyaksikan kenyataan demi kenyataan pemimpin hari ini terlalu sukar rasanya menolak kebenaran tersebut.

Quovadis Umno!!!!!! Mampukah pimpinan menyelamatkan bahtera Umno dan Barisan Nasional?

0 comments: