"Adegan ikrar dan Sumpah taat setia kini menjadi peluru getah Umno untuk menunjukkan kekuatannya. Malangnya ia tidak sedikit pun mampu mencalarkan keutuhan Pakatan. Bermula dengan kekalahan teruk dalam Piliharaya ke-12 Mac tahun lalu. Semua pemimpin ahli dan pimpinan BN tuduh menuduh. Gerakan, MCA, MIC bergaduh besar dengan Umno hingga Hishamuddin hampir-hampir mencabut kerisnya lagi.
Kepercayaan pada Abdullah merosot teruk hingga terpaksa mengumpulkan semua pemimpin dan wakil rakyat Umno-BN di PWTC untuk menyatakan ikrar taat setia pada Dollah Badawi.
Kemudian dengan paksa rela Abdullah mengumumkan persaraan pada bulan Mac akan datang iaitu genap setahun beliau menerima Kekalahan paling teruk dalam sejarah Politik beliau memimpin Umno-BN.
Seterus kecoh pula isu Ahli PArlimen Sabah Sarawak nak masuk Pakatan. Mereka dipanggil membuat kenyataan Ikrar dan Sumpah taat setia pada BN, Malangnya SAPP tekad keluar BN membawa dua orang ahli Parlimen untuk menjadi wakil rakyat bebas.
Saat Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tiba, Pemuda BN pula mengigau ditengah hari. Semua ahli Parlimennya dipanggil lagi untuk membuat sumpah taat setia sebelum turun bertarung menentang Anwar dan bala tentera Pakatan.
Setelah mengalami Kalah teruk di Permatang Pauh, Calon BN yang kalah, Ariff Shah dikatakan ingin beralih kepada Pakatan. Namun dengan pantas Umno-BN mengirimkan wakil memujuknya untuk terus bersama Umno. Maka sekali lagi beliau terpaksa angkat Sumpah taat setia.
Kemudian kecoh pula Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara Selatan Kapten (B) Datuk Zahar Hashim yang menyertai Pas-Pakatan bersama ahli-ahli hingga sanggup menukarkan Pejabat Umno Bahagian itu menjadi Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pas.
Terkejut dengan tindakan itu, Wakil Rakyat dan Pimpinan Umno Selangor bermuzakarah.Sumpah taat setia dan ikrar untuk terus bersama Umno-BN berkumandang lagi di Selangor.
Kemudian sewaktu Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, senyap-senyap Umno-BN merayu agar pimpinan dan ahli Umno-BN berikrar untuk memenangkan Calon BN yang akhirnya terpaksa berputih mata kerana terlepas jawatan Timbalan Menteri, senator dan tak layak jadi Ahli Parlimen.
Dan terkini Kes Adun Bota, Nasruddin yang mengumumkan perceraian beliau dengan Umno dan pernikahan beliau dengan Keadilan. Ia umpama halilintar yang membelah keangkuhan Umno Perak kerana sebelum itu Ahli Parlimen Umno Perak, Zahid Hamidi mengarahkan agar Jentera Kerajaan Persekutuan untuk tidak bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.
Selain itu isu perkauman dan juga hak strata menjadi isu Umno Perak hingga masyarakat berpecah belah khususnya kalangan kaum Melayu dan Cina.
Maka dengan tindakan Nasruddin itu, memeprjelaskan lagi kelemahan dalaman Umno Perak yang akhirnya terpaksa dipanggil Najib ke Kuala Lumpur untuk melafazkan Ikrar dan sumpah taat setia yang sudah lali diucapkan.
Maka jadilah Umno-BN ini parti sesumpah yang mana sumpahan itu akhirnya bakal memakan diri mereka dan Umno hanya tinggal kenangan sahaja tak lama lagi. - Tranungkite
29 January 2009
Subscribe to:
Post Comments
0 comments:
Post a Comment