Mulia lembu daripada manusia!

Maka, sekonyong-konyongnya hebohlah media arus perdana meratib menyatakan seolah-olah MB Selangor melakukan penyelewengan umpama rasuah kerana MB Selangor berjaya mendapatkan lembu korban untuk rakyat.

Peranan utama isu ini dimainkan oleh GERAK iaitu pertubuhan yang diasaskan oleh Raja Sesumpah yang gagal dalam misinya di Permatang Pauh dan terbaru di Kuala Terengganu baru-baru ini. Semenjak bila menjadi kesalahan jika sesebuah kerajaan memohon sumbangan dari mana-mana pihak untuk melakukan amal yang dituntut oleh Islam ? Bukankah itu suatu perbuatan `amal makruf'?

Apa yang menjadi kesalahan ialah memaksa atau mengambil keuntungan dari sumbangan amalan jariah tersebut. Jika benar sekalipun MB Selangor memohon mana-mana syarikat untuk memberikan sumbangan berbentuk amal seperti lembu korban untuk dinikmati oleh mana-mana rakyat walau di mana sekalipun, apa masalahnya? Apatah lagi jika rakyat sendiri yang memohon bantuan atau sumbangan tersebut dan syarikat berkenaan secara suka rela tanpa ada apa-apa habuan yang dijanjikan sanggup berbuat demikian.

Bukankah lebih banyak menderma untuk amalan yang baik akan menjadikan rezeki sesebuah syarikat itu bertambah? Di mana letaknya unsur rasuah oleh MB Selangor seperti yang heboh diperkatakan? Apa motif bekas MB Selangor yang begitu bersungguh-sungguh untuk menghalang kerja amal yang mulia seperti ini ? Apakah beliau sangka dengan timbulnya isu ini, rakyat lupa apa yang telah berlaku pada Tabung Balkis ? Bukankah Tabung Balkis asalnya hak Kerajaan Selangor sekarang, tetapi di mana dana tersebut sekarang ? Apakah beliau rasa rakyat lupa tentang kereta Mercedez yang dibeli dengan wang rakyat untuk kegunaan sendiri ?

Mungkin Khir Toyo mulai merasa malu apabila tuduhannya terhadap MB Selangor membeli kereta mewah menggunakan wang syarikat milik kerajaan Selangor tersasar bahkan menimpa aib di mukanya sendiri. Lantaran itu, isu lembu korban dibawa pula untuk memusnahkan imej MB Selangor. Kita lihat nanti, isu ini akan terpalit ke wajahnya dan beliau akan terus diaibkan dan ditertawakan oleh rakyat di Selangor.

Saya agak hairan dengan sikap GERAK yang seperti buta mata terhadap apa yang berlaku semasa di dalam Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu. Begitu banyak unsur-unsur penyelewengan yang sewajarnya GERAK tumpukan tetapi pertubuhan ini begitu lembab dan lemah untuk menghidunya. Mungkin `badi' lemah akal fikiran dan sikap penakut dan bacul yang terdapat pada bekas bosnya iaitu Raja Sesumpah mulai meresapi GERAK. Amat memalukan apabila GERAK membuat laporan tentang beberapa ekor lembu yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat untuk dijadikan amalan korban seolah-olah berlaku dosa besar yang maha hebat. Kita mulai terfikir, di antara manusia yang jenis ini dengan lembu-lembu yang dikorbankan itu, mana lebih mulia? Manusia seperti itukah atau lembu-lembu yang telah dikorbankan itu? Sama-sama kita fikirkan.-WFAUZDIN NS

0 comments: